Sunday, January 22, 2012

Apa lu perlu tahu.

ASSALAMUALAIKUM.

Sebelum gua meneruskan entry gua yang agak mengada dan poyo tajuknya, gua nak kasitahu yang gua dah sembilan belas tahun. Perasaan? Pastinya tidak gembira kerana papa cakap sembilan belas tahun takda duit raya dan sembilan belas tahun tiada hadia birthday. Ini baru sembilan belas tahun, kalau dopoloh sembilan, entah entah nak cium pakwe. eh papa pun takboleh. mwehehe.

Malas nak membebel lebih lebih, gua cuma nak lu orang tahu yang bapak gua baru melansungkan perkahwinan bulan Disember lepas. Argh geli pula ingin menulis kenyataan itu. Sepatutnya kata nama 'papa' digantikan dengan kata nama 'gua'. Baru sweet sikit kalau gua yang kahwin, eh maksud gua, sweet banyak.


Dalam hati Iris dan Isaacs mungkin sedikit pelik papanya berpakaian seperti P.Ramleee.


Inilah masanya membalas dendam terhadap incek Eddy, HOHOHO.



Lagi?

Gua rasa tak banyak yang gua nak kongsikan.

Tentang gua tertarik untuk membeli spender berwarna warni pada 2012, tak perlu dikongsi. Kan?

Dan. Tentang gua ingin membuang tabiat suka membau kuku cagu selepas dipotong juga, tak perlu diberitahu kan?

Oh kalau macam tu, tak ada apa lagi. Kalau dibiorkan gua ni menulis, habis semua rahsia termasuk abang gua suka kencing malam dulu dibongkarkan. Ahhhhhhhh kantoi lagi!

Dah. Bye.

0 komens ;):