
Haa , lu toksah nak ehem ehem , ni member gua . Gua boleh cakap , a very good friend of mine .
Bila gua tengok gambar dia ni , gua rasa terpanggil nak update .
*Lu tengok ayat gua sekarang , lu tengok , lu tengok . Rapi tau *
Lu orang mesti duk cakap , " Minah gedik ni banyak cakap betul , ace kasi tahu kenapa seksi sangat muka si Abhar Bahrudin a.k.a Apek freelensing ni "
Dia tak kasi gua kasitau dia jatuh longkang , jadi , gua tipu lah .
Sebenarnya , dia ni kejar peragut . Pergh , heroic sangat kan ? Dia nampak je peragut tu , terus dia lari punya lari punya lari , sampai sahaja di sebuah persimpangan , dia pun memekik ,
"Amboi , biasa diaaaaaa . Kecik kecik pandai meragut eh . Meh Abang Baha piat telinga tu ."
Tiba tiba , kedebuk . rupanya dia bermimpi , * itu kan karangan tipikal budak darjah satu , gua salah seroang antaranya *
Auch , heroicnyaaaaa diaaaaaaaa mcm Kluang man lah , gua nak cakap mcm Superman , tapi kang timbul isu tak support industri perfileman Malaysia .
Gua rasa bila ada makcik makcik duk tahu dia jatuh sbb kejar peragut , mesti duk pakat pi pinang terus , bangga woi ada menantu ZERO . Maksud gua hero .
" Kak Bedah bukan apa lahhh , tapi menantu kak bedah ni dulu haaaa yang duk kejaq peragut sini sana , senang kak bedah lepas ni kalau orang duk ragut emas kak bedah yg 86 karat ni , roger je menantu kak Bedah , beruntung naaa ? "
Bila gua cakap pada adik gua si Isaacs ni , first thing dia cakap ,
" Accident ?Kamera rosak tk ? " . Nampak tak , nampak tak betapa business-minded adik gua ni. Atau bahasa penuh tatasusilanya , Ambil berat ttg wawasan masa hadapan . Auch , kiutnya ayat , serius mcm budak Nath tu -__- , * Iyelah , pwomish tak gewdix lagi *
*Dah lah , dah lah . Gua takmau update bebanyak , kang terkantoi pulak dari mulut gua , si Baha ni Jatuh Longkang *
Kalau lu orang rasa macam nak mengURAT dia ni , mai kelik sini .
No comments:
Post a Comment