Friday, March 16, 2012

Mama, bangga tak?




Arwah mama mesti bangga dengan kau, dik :')




Takda apa yang gembirakan gua selain tengok adik adik masih boleh jadi macam budak budak lain. Walaupun kami sudah tiada Mama.

Al fatihah.


This is all because of Papa. Dialah yang mendidik, dialah yang menjaga dan dialah yang paling memahami :)

Sunday, January 22, 2012

Apa lu perlu tahu.

ASSALAMUALAIKUM.

Sebelum gua meneruskan entry gua yang agak mengada dan poyo tajuknya, gua nak kasitahu yang gua dah sembilan belas tahun. Perasaan? Pastinya tidak gembira kerana papa cakap sembilan belas tahun takda duit raya dan sembilan belas tahun tiada hadia birthday. Ini baru sembilan belas tahun, kalau dopoloh sembilan, entah entah nak cium pakwe. eh papa pun takboleh. mwehehe.

Malas nak membebel lebih lebih, gua cuma nak lu orang tahu yang bapak gua baru melansungkan perkahwinan bulan Disember lepas. Argh geli pula ingin menulis kenyataan itu. Sepatutnya kata nama 'papa' digantikan dengan kata nama 'gua'. Baru sweet sikit kalau gua yang kahwin, eh maksud gua, sweet banyak.


Dalam hati Iris dan Isaacs mungkin sedikit pelik papanya berpakaian seperti P.Ramleee.


Inilah masanya membalas dendam terhadap incek Eddy, HOHOHO.



Lagi?

Gua rasa tak banyak yang gua nak kongsikan.

Tentang gua tertarik untuk membeli spender berwarna warni pada 2012, tak perlu dikongsi. Kan?

Dan. Tentang gua ingin membuang tabiat suka membau kuku cagu selepas dipotong juga, tak perlu diberitahu kan?

Oh kalau macam tu, tak ada apa lagi. Kalau dibiorkan gua ni menulis, habis semua rahsia termasuk abang gua suka kencing malam dulu dibongkarkan. Ahhhhhhhh kantoi lagi!

Dah. Bye.

Sunday, November 20, 2011

Siapa kau, Nath?



Post kali ni memang mengundang dendam kesumat dalam diri lu orang terhadap gua.

Manalah gua tahu gua ni ada peminat. Nampak tak? Nampak tak dah mula riak di situ?
Haa belum lu tengok yg bawah bawah ni.

Memang lepas ni semua status FACEBOOK tulis ,

"Aku baca blog minah ni , ek eleh poyo siot. Mentang mentang tahi lalat besar penumbuk "

Eleh , tulis lah tulis. gua taknak doakan lu dapat suami sehebat imam muda, ataupun isteri secomel gua. Haa takut kan? Jangan tulis.


Macam ni sebenarnya, gua dahmasuk UITM semula *ahhh benci gua tulis fakta tu* , the sekarang kitorang dah reshuffle kelas.
Tak ngadap dah muka muka mintak penumbuk lecturer yang dulu, mwohoho.

Jadi, gua tak sangka pulak ada yang harap dalam kelas dengan gua. Siap tulis dalam blog. Aiseyman, lu dapat bayangkan tak berapa bukaan keluasan lubang bontot gua masa baca blog tu? Phewwwww. Takbaik berlagak,Nath. Takbur takpe. Okay , sesat!









Penumbuk kucing muka penyek adik gua lagi besor dari gambo ni, Nah link blog ni. Lu tekan lah sendiri. Farizul Ikhmal.


Empunya blog namanya Farizul Ikhmal kan? Orang panggil lu Dato' , kan?

Selain perasaan nak terkoyak di bahagian punggung, gua masih mempunyai perasaan kemanusiaan iaitu terharu. Pergh geli siot ayat gua, macam Romeo. Ni gua nak tunjuk penghargaan pada Farizul atau gua nak ngejas dia ni? Aiseyman.Kantoi! Mwohoho.

Apapun , thanks a lot Dato'! Gua tak sangka lawak lawak gua selama ni meninggalkan kenangan terindah di hati lu, sampai punya hasrat nak sama kelas dengan gua Sem ni. Alamak aih, ayat guaaaaa! Ni kalau Abg Baju Hijau baca, mmg confirm talak 18 dia jatuhkan, takda simpati dah.

Gua nak try lah buat lawak manja depan Imam Muda, agak agak dia datang tak meminang? *Meminang tak kot , berdakwah bior gua sedor diri, MUNGKIN*



SELEPAS ITU......


Tiba tiba gua terbaca komen dari Hanis Razali. Lu tekan lah kat link blog tadi. Gambor besor penumbuk ni memang kasi panas line.

Dia kata dia tak kenal gua ,tapi dia follow blog gua. Then gua pun pergilah makan angin dekat blog si Hanis Razali ni. Nak kenal jugak silent reader :)

Penat jugak berjalan pergi blog dia, kurus dah gua tau. Okay, tipu.

TIBA TIBA....



Aiseyman, punyalah sebak gua bila tengok nama blog gua ada dekat tepi blog si Hanis ni. Pheww, Hanis Zalikha, Cik Epal, Mr K , Maria Elena. Tiba tiba sesat gua blogger poyo sorang.



P/S : Benda ni mungkin takda apa bagi lu orang, tapi pd gua, gua sangat hargai bila nama gua orang ingat tentaang perkara baik.


Terima Kasih Farizul and Hanis!


LOTS OF LOVE,
Nath :)

Friday, November 11, 2011

Selagi ada.




Di waktu kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya..

Di waktu kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya..

Di waktu kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya..

Di waktu kamu ingin menduakannya, ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu..

Di waktu kamu ingin membohonginya, ingatlah dia telah jujur kepadamu..


Wednesday, November 9, 2011

Boifren Boifren, meh sini kejap.




Fuhhhhhhhh *tiup habuk* . Komain berabuk haa blog gua ni, gua dah suruh bibik gua sapu haritu tapi entahlah dia tu, mentang mentang dapat pakwe kerja kontrak belakang rumah, kemahuan gua diketepikan. Takpe bibik, gua ingat. Gua kenang lu dalam doa gua.

Mwehehe, eleleh gurau sikit takboleh. Gua memang saja nak salahkan bibik gua sebab gua taktahu nak kasi alasan apa dah lama tak update blog.

Nak kata gua menyusu anak, eh kamon la. I love kids, but not for me. *Ayat Myspace dulu dulu*.
Nak kata gua ngemas rumah, macam tongkang pecah jugak dibuat dek adik adik gua tu. Nak kata gua buat assignment, aiseyman, gua cutiiiiiii berooo. Lu tengah buat assignments eh? PADAN MUKA.

Dah dah, sorry ter'excited' lebih, almaklum dah lama gua tak mencarut dalam blog gua. Bak kata ayat ayat basten warga facebook yg kononnya gua-paling-hotsetaf-plus-basten . 'InI bElOg AkuW,AkUw PuNyEw CuKeW aHh' . Awwww gatal hidung i baca, korekkan boleh? Ala plsss :(

Okay fine, malas nak melalut lagi. Disebabkan gua da lama tak update blog gua, kali ni gua nak update panjang sikit. READ MY LIPS, SIKIT! Kalau lu rasa banyak, tak lama dah tu....
Tak lama dah nak kahwin lah! eleleh suke lettew.

Gua nak update pasal ' AYAT AYAT BAHAYA AWEK LU ' . Yes, awek lu. Bukan awek gua, mahupun bapak gua. Jauh sekali awek atuk gua.

Disebabkan gua mendapat sambutan yang hangat sebagai Doktor Cinta yg Tak Berbayar di UiTM Padang Lalang, jadi gua nak terus kongsikan dengan semua. Nanti kalau ada yang refer pada gua, senang aja gua jawab , ' Natashaeddy.blogspot.com' . Boleh market blog sekarung dua. Amacam bergeliga tak kepala otak gua? Ehem.

Gua banyak di refer sama ada lelaki atau perempuan pasal , KETIDAKFAHAMAN. Ada tu siap tunjuk SMS kat gua , tanya 'Apa maksud awek aku ni? Aku tak faham lah' . Kalau ikutkan hati, nak aja aku jawab , ' Yang SMS tu awek lu kan? Bukan gua SMS. Mana gua tahu maksud dia' . Tapi.... Aku ni Comel orangnya, eh baik orangnya. Terpaksalah gua menerangkan. Boleh apply jadi Menteri Penerangan jugak aku ni, Jutawan woooo!


Bismillahirrohmanirrohim......




"Okay Fineeeeeeee. Awak nak sangat kan? Tinggalkan saya. "

Yang pakwe pun satu, lurus bendul bukan main. Tinggalkan awek,padahal hati rindu. EGO konon, puihh! Kamon lah, lu pun tahu perempuan ni ada SATU AKAL! Jadi, lu yang dikurniakan SEMBILAN AKAL ni tolonglah ambik ayat dia dan faham sedalamnya. Jangan dalam sangat, takut lemas. Bila awek lu cakap macam tu, lu kenalah redakan keadaan, perempuan ni hatinya lembut. Lu tengok Pengkid Pengkid tu, lu ingat kuat sangat ke hati? Ekskius miiiii, diorang tu perempuan jugak. Sebab tu perempuan sekarang trend couple dengan Pengkid. Sebab apa? Sebab diorang pun hati lembut. PEREMPUAN vs PEREMPUAN. Amannnn.... Gua tak suruh lu jadi Pengkid,cuma cubalah faham. AKAL WANITA CUMA SATU. SATU! Kalau tengah nak period tu, kadang kadang SUKU je akal tu. Lu faham kan?





" Kalau awak rasa berpisah adalah yg terbaik. Sy redha"

Nak menangis rasa gua tulis ayat tu. Mwohoho. Betul gua cakap lu, ini memang ayat paling common untuk perempuan. Kiranya ni tahap klimaks punya merajuk lah. Jadi, si pakwe puhlisss lah tarik otak lu yang kat lutut tu, naik kan atas kepala. Jangan pulak lu layan perasaan merajuk awek lu dan jangan diikutkan ego lu. Sampai bila sangat Ego tu? Sehari dua boleh lah tahan, tiga empat hari? Mulalah curi spender awek lu pergi bomoh Siam. Macam gua tak tahu! Okay gurau. Time awek lu cakap macam ni, tolonglah tolonglah pujuk dia sedikit. Senangkan sikit hati dia, gunalah ayat paling Romeo lu pernah ada. Eleh, search je kat google, "Ayat Cairkan Awek" . Jangan lu Google, "Ayat Penunduk" . Kang gua tanduk!







" Saya rasa macam ada yang tak kena lah "

Bro, bro , bro. Kalau lu dapat text macam ni, baik lu sediakan van jenazah depan rumah. Perempuan ni kadang kadang dikurniakan Sixth Sense. Kemon lah, bukan Kumpulan Sixth Sense tu, eh tapi kiut kan Adi tu? Okay lari topik. Sama ada lu memang ada buat salah, ataupun dia dapat rasa yang lu semakin kurang beri perhatian pada dia. Serious gua cakap lu bro, kalau awek lu tanya sama ada lu ada buat salah yang menyalahi AKTA 007 Kanun Kecurangan , baik lu mengaku. Kalau dia dapat tahu bro, dia tak hentak lu. Silap silap gua datang tolong hentakkan. Dah tahu ada awek, hang gatal pasai pa? Kan dah terkeluar kejantanan gua. Okay cool,Nath. Nanti terkeluar susuk lu kalau marah marah. Okay fine. Kalau yang part awek lu rasa kurang diberi perhatian, itupun satu yang agak bahaya lah. SEBAB perempuan ni ada ego dia tersendiri. Cuma mengikut individu, sama ada ego tinggi atau hidung tinggi, eh ego rendah. Mesti dia pikir, lu ada marka lain. Kalau yg ego tinggi, silap silap tak ber ' I LOVE YOU' selama 19085minit lah lu dengan awek lu. MERAJUK, yu no? Yu no wat is merajuk? Sulking. Teng God yu no.






"Tolong beri saya masa, jangan contact saya. "

Pergh, drama queen. Padahal dalam hati, "Janganlah bucuk tak contact anje, Kang anje rindu " . Haaa! Itulah yang perempuan fikirkan. Perempuan suka lelaki DEGIL. bukan degil yang pergi Teluk Cempedak lompat pokok ke pokok tu. Tu bukan DEGIL, tu DEGILNYA-BERUK-NI. Faham tak wahai pakwe pakwe comel sekalian alam? Try to contact her the next day, esoknya try lah SMS , ' Morning, Anje. Eh lap dulu air liur tu, taik mata pun sekilo tu ' . Apa apa lah SMS sekalipun, at least try to text her. Menunjukkan yang lu masih mengharapkan dia. Lu sayangkan dia, okay? Perempuan ni lembut hati lah,bro. Kalau dia tak reply sms lu, mungkin dia takda kredit. Positive-thinking! Try to call her that evening, takkanlah tidur sampai petang kan? Kalau tidur sampai petang, lu SMS mak dia, 'Makcik, tolong bacakan Yassin utk Anje saya. Baik arwah tu' . Haaa try SMS mak dia mcm tu kalau agak agak lu memang redha mata lu ganti mata lembu.



Buat masa ni, itu je yang gua nak Kongsi. Kongsi? Omaigod? Saheizy Sam? Lu Langsi Lu Mati? Ohhh-Emmm-Gee. *Tengok, gua ni duk gua lu gua lu tapi dalam hati ada Taman Tema Air okay*



Dah. Bye. Kirim Salam Awek.





Tuesday, August 23, 2011

Untunglaaaa.

AMARAN : Kalau agak agak allergik dengan mood jiwang, silalah tekan X . :P



Yeah , itu ayat kesukaan gua beberapa minggu ni, 'Untunglaaaa ada orang sayang' .
Sekarang gua sensitif sangat bila ada orang cakap pasal cintan cintun ni, sangat sensitif.

Nampak je katang bukan main gua ni , tapi hati mengalahkan Cameron Highlands. Apa kaitan? Hah , jiwa kacau.LANTAK.

Tadi , gua tenga buat assignments , tiba tiba gua dengar dua orang rakan baik gua bercakap ttg 'busyuk' masing masing.

Rakan 1 : Eh , i takut tau bila pakwe i cakap ada perempuan suka dia.
Rakan 2 : Ha'ah kan , i prefer lagi dapat pakwe tak handsome.
Rakan 1 : Tapi , i rasa pakwe you and pakwe i takkan buat macam tu lah.
Rakan 2 : InsyaALLAH.

Fineeeee , serious masa tu terus sebak sangat. Untunglah awak , sahabat :)


Takpalah , ini hari bahagia mereka. Sekurang kurangnya , gua pernah rasa perasaan bahagia tu.

TERIMA KASIH , YA ALLAH :')

Thursday, August 18, 2011

Asyik kuih je , raya bilanya?

Rilek rilek, gua bukan marah , cuma meluahkan perasaan. Mwohoho. Last week gua sambung lagi misi kuih raya gua. Actually gua nak buat 2 jenis lagi , tapi lu faham lah kan , gua bukan ada 9tangan. Gua ada 2 tangan je , nanti kalau agak agak kalau gua slowtalk dengan mak lipan , mana tahu dia nak kasi gua pinjam tangan dia. Fine MELALUT.

Dahlah , lu layan je.


Kalau tak kuat iman , tutup mata.


Ambik kau , sampai tergolek dog.


Hasil dari 2ptg sampai 9 malam cuma 250biji sbb leceh sikit.


Nasib baik adik gua yang baik dan comel mcm gua ni tolong *takpayah muntah*.


Tu diaaa , buat kuih pun semangat HARIMAU MALAYA.


Wednesday, August 10, 2011

Lanun Kuih Raya Ditemui.



Amboi komain semangat gua buat kuih raya awal awal. Padahal puasa lembik macam sotong kena heart attack, bila sebut raya. Tu diaaaaa , macam atuk tua minum Tongkat Ali gua cakap lu , muahahahaha .

Semalam gua mula buat Almond London dulu , gua buat bila habis kelas petang tu. Nasib baik sangatlah kelas gua semalam habis awal , gua balik rumah terus makan , eh maksud gua , terus buat Almond London.




Awalnya kelihatan tidak bermaya , macam dia yang puasa.


Bermaya sikit lah lepas gua kasi eyeshadow , blusher , lipstick sikit.


Tolak tambah kena curi dek adik adik gua , tinggallah 250biji.


Ketua Lanun Kuih Raya.





The next day , which is Today (Kan gua dah apply skill TESL gua ) , gua sambung buat Cornflakes Coklat. Penat tak ingat wa cakap lu.

Habis kelas pukul 10pagi , gua balik terus buat sampai pukul 2 , then pergi kelas semula. Gua rasa macam takda kaki dah ni . Kali ni mencabor sikit , sebab lanun kuih raya tak pergi sekolah sebab demam. Lu layan je lah , malas gua nak tulis panjang panjang , kang lapor.


Rock Waklu , penat siot.


Masa ni tangan gua dah agak agak skru longgar.


TIBA TIBA........




Kan gua dah cakap , dia lanun kuih raya. Dahlah tak mintak izin.


Bila kantoi? Cis, bukan nak letak semula.

Hasil 10pagi - 1ptg sama dengan 550 biji. *Prapppp skru tangan cabut*



Lepas tu? Memecut kereta pergi kelas. EXAM okay.

Friday, July 22, 2011

Sahabat.



Untuk menjawab ENTRY kau yang ni , sahabat.


Selepas aku jumpaa kau , takda sapa lagi aku glar BFF . Takda sapa lagi aku gelar 'bestie' . Kau sorang jee.

Aku tahu kau mesti akan cakap macam tu , tp tak pernah pulak aku rasa terabai masa kau dgn 'dia' dulu. Kau jahitkan dia baju , kau keluar dgn dia hari hari . Sikitpun aku taknak terasa.

Sbb apa? Sebab aku sayang kau. Aku nak kau happy. Bila kau happy , aku happy. Tiap kali kau call aku cakap berita gembira pasal 'dia' , aku senang sgt walaupun aku terasa.

Sbb apa? Sebab aku sayang kau.

Kau ingat aku selalu cerita rahsia aku pada kau and aku selalu cakap 'Kau sorang je tahu tahu' ?

Sebab apa? Sebab aku percaya kau.

Salah aku lagikah utk aku rasa sikit bahagia?




ASSALAMUALAIKUM.

Tuesday, July 19, 2011

Tipulah tak rindu.

Elelehhhh rindu letteewwww kat gua , mwehehe .

Sorry yuols , gua mmg busy sikit skrg sbb biasalah budak IPT *Mata ke atas , tgn didada*

Lagipon , gua sibuk kendalikan blog gedik gua , mungin ada yang tahu , mungkin ada yg taktahu.
Blog gua dgn Mister Potato , eh silap. Mister Kayyyy tu.


Mr and Mrs Kay ( LINK )

*Poyo ah lu Nath , mcm lu sorang adaa pakwe *

Dah dah , cukuplah mengumpat.

Ni harini gua nak share satu story , actually ni cerita orang dah kawen laa.
(Mentang mentang in a relationship, gatai benor nya kan gua? )

Fineeeeeee .

Layan jee lah , and satu amaran gua , baik lu pergi Giant beli tisu berkotak kotak baru baca .
Sedih gilaaaa okay ( Taktahu lah kalau gua je berjiwa jiwang terlebih )


.........................................................................................

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.

Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. ”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.

“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“Siti ada SATU soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. ..

‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”

“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”

“Siti suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”

“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”

“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”

“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. “

“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”

“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang.”

“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”

“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..