Wednesday, May 2, 2012

You olls ingat senang?

You olls ingat senang ke nak mengorat imam muda?
Eh, sorry. Lari topik pulak i olls. Keh keh keh. Eleh, nak manja sikit takboleh. Nak period lettewww, marah memanjang :D

I olls malas nak mukaddimah panjang sangat, bukan you olls baca pun. Bukak blog sebab nak tengok muka Pokemon i olls kat atas tu je. Eh kamon, tengoklah lama mana pun. Imam muda tetap dihati. Kih kih kih.

I olls buat post kali ni sebab ada yang inbox suruh i olls buat blog pasal tajuk ni. Eh, nampak gedik pulak guna i olls you olls. Tukar gua lu macam biasa, tarak hal ah bro? Almaklum, belum cukup gedik macam adik gua si Sofea tu, eh mati.


Okay, gua nak kupas pasal lu orang yang baru break dengan mata air lu orang atau break up dalam bahasa AMAREKAAAAA!


Ini gua copy paste dari inbox gua...


" Natasha, apa pandangan awak pada cara melupakan ex bf or gf. Contohnya, cara lelaki berbeza dengan cara perempuan nak melupakan ex diorang. Kalau boleh, kongsi sikit dengan kitorang apa yang Natasha rasa cara terbaik la untuk lupakan sebab orang sekarang ni sikit sikit suruh sabar. Sabar memang sabar, tapi usaha pun kena ada jugak kan. hehehehe.... Banyak pulak cakap. Update blog kalau bleh eh? "

 
 Thanks, S. Gua buat blog ni khas untuk lu. Sebab lu ugut gua nak rampas imam muda kan? keh keh keh.


Betul, cara perempuan and lelaki lain untuk lupakan ex. Gua taknak lah nak balahkan hal perbezaan ni, gua nak kasi pendapat gua macam mana nak lupakan selain macam lu cakap tu, SABOR.


PERTAMA?
Sesiapa yang tanya gua sebelum ni, confirm gua jawab "ALIHKAN PERHATIAN" . Yang ayat gua skema sangat ni apahal eh? macam nak makan sandal Asadi saiz 18 je, ahak. Alih perhatian maksud gua, kalaulah lu tengah sikat rambut, tiba tiba terkeluar pulak muka malaun ex lu tu. Lu terus buat kerja lain, contoh, tu boleh korek hidung berirama ataupun cukur bulu ketiak secara berduet dengan jiran sebelah. Asalkan jangan skodeng laki jiran sebelah kira bulu hidung, itu gua tak ajar. Keh keh keh. Pendek kata, jangan layan perasaan lu tu. Toksah dengar lagu Lepaskanmu kerana Terpaksa mahupun Bila Cinta Didusta, ace dengor Raihan ke, Rabbani ke. Justin Bieber toksah, kang makin tekanan lu nak pikir, lelaki atau perempuan? AHH TEKANAN.


KEDUA?
Keluarlah. Jadah apa lu terperuk kat rumah? Konon nak mengimbau kenangan silam? Keh keh keh. Nak gua suap tapir masak kicap? Takpayah nak fikirlah, lu pergilah menenangkan diri lu yang tersampuk cinta tu. eh, putus cinta. ahak, jangan marah tau you olls. Gua nak buat lu orang senyum je, buat apa nak sedih sedangkan dia kat sana duk senang lenang ketawa hu ha hu ha . Tapi lu kat sini? Hingus meleleh tak habis habis. Come on. Pergi masjid. Cari imam muda. EHHHHH? hehehe. Tunjuk pada dia, lu boleh hidup tanpa dia, tapi kalau dia sekat oksigen lu, maap. Gua takdapat tolong.

KETIGA?
Ini adalah senjata terbesar gua. Solat, doa & baca Al Quran selalu. Bukan gua nak suruh imam muda terpikat pd gua bila gua tulis gini *kalau betul pun okay* . Ini memang cara terbaik. Gua cakap lu bro.... Yang beri rasa cinta itu Allah. Jadi, dengan siapa lagi lu nak mintak selain dia? Lu nak mintak nasihat gua, gua boleh kasi lu 10001 ayat sedangkan gua sendiri minta pd Dia :') . Berdoa dan bersujudlah seikhlasnya supaya Dia tenangkan hati lu and berikan jalan penyelesaian terbaik. Pergh... Ni confirm esok ada rombongan keluarga Imam Muda datang meminang gua *angkat kening*










YOU OLLS. I OLLS SAMBUNG NANTI. PAPA CAKAP GUA BUSUK.




ASSALAMUALAIKUM.

1 comment:

Anonymous said...

senang dan mudah, juz ingat Allah.
Islam dh menetapkan kapel itu sebagai haram.
so, jgn risau n sedey.
hope sume perpisahan korg kire sign dr Allah untuk elak korg dr zina.
chill n enjoy ur new life berlandas agama Allah.