Monday, July 30, 2012

Apa mau bikin?

Assalamualaikum.

Kali ni gua kena kasi salam lah, mana tahu ada imam muda baca blog gua, terus jatuh cinta. Ahak, jangan muntah! Batal puasa, gua taknak tolong ganti. Di kesempatan ni pun gua nak ucap Selamat Berpuasa kepada yang betul betul puasa dan Selamat-Konon-Buat-Muka-Penat-Puasa kepada yang tipu tipu puasa. Kehkehkeh. Toksah tipu lah, dulu gua pun join venture lu orang, bukak periuk masukkan lauk dalam plastik, adik gua cover line. Ini semua hasil dari tagline Wonder Pet, iya KERJASAMA. Ah dah lah, itu cerita lama, komain suka lu orang dengor kisah silam berdosa gua tu, nanti mulalah buat status 'Eleh ada perempuan taik lalat tu, nak tunjuk dia dah puasa penuh lah tu sekarang' . Haaa, itu lah yang gua cuba nak sampaikan harini. Pergh berbangga cikgu BM gua dulu bila baca ayat gua tu sebab dulu time cikgu BM masuk, gualah paling bersemangat. Ye, bersemangat tidur. Gigih sekali air liur basi membasahi meja.

Kali ni, gua malas nak buat post pasal cinta, kerana cinta itu buta. Kalau buta, macam mana gua nak taip, tak nampak. Ahah, Serius sikit lah Natasha! Oh okay, gua nak sharing is caring dgn lu orang pasal Apa Mau Bikin Kalau Lu Kena Kutuk dgn Member Sendiri? Kamon laaa, tipulah kalau umur dah tu bangka, bulu roma yang berjela, takpernah  kena stab dengan member lu. Kalau betul tak pernah, gua ucapkan tahniah. Tahniah kerana menambah dosa menipu di bulan Ramadonnnnnn *dalam sikit bunyi, baru feel* . Tips tips ni gua selalu mintak dari bapak gua, gua ada masalah apapun, Pakcik Misai Tebal itulah penyelasainya. Nasib baik ada istilah sumbang mahram dalam Islam, kalau tak, dah nikah dah. Ah macm nak kena penampor padu je ayat ni, geli.




Buat Macam Takda Apa Berlaku

Masa bapak gua kasi gua tips ni, gua rasa panas tangan nak.... haaa haaa berdosa Nath. Okay, betul lah kan? Gua tengah panas line, tiba tiba nak suruh buat macam takda apa? Kalau ikut hati, nak aja gua kunyah tulang keting member gua tu , tapi takpe. Gua ikut apa yang bapak gua cakap. Gua jumpa dia, gua buat macam taktahu walaupun masa tu, syaitan duk bisik "Kamon Nath, tampor sikit jadilah. buat saguhati " . Ahh sabor lagi. Sebab apa lu tahu? Diorang ni duk kutuk kita, sebab nak tengok kita melenting, nak tengok kita stress, nak tengok kita susah. Itu je. Tapi bila dia tengok lu cool je even kena rembat dari belakang, lg bikin dia yang panas line. Bak kata Uncle Eddy Misai Tebal, " Kau nak gaduh? Muka kau yang lebam. Kau nak maki? Air liur kau yang kering " . Betul jugak, benda macam ni mana boleh selesai dgn cara kasar. Api mana boleh balas api. Ye dak? Api pun mana boleh balas sms mahupun balas whatapps. Kumpulan Balas Raja Lawak tu lagilah takboleh dibalas api. Sebab comel sangat. 




Double Kebaikan Lu 

Pergh, dahlah dia tikam belakang, nak pulak pulak baik? Ini memang tak masuk akal, tak masuk. Silap silap bila masuk, ada roadblock dalam otak. Ic dgn lesen jangan lupa bawak. Okay tipu. Tapi betul bro, benda ni memang berkesan, dah dikaji oleh paka. Iya, kawan gua Pakarudin bin Taib dah uji. Lepastu dia siap buat banner letak depan rumah gua, " Pergh! Cayalah Nath " . Ah tipu lagi. Okay babe, macam gua cakap tadi, tak guna api dibalas api, tak jadi apa. Jadi, gua suggest lu buat baik double triple pd dia. Kalau biasanya, lu belanja dia air kosong, kali ni, lu up sikit, belanja dia air sembahyang ke, air yassin ke, takpun air tolak bala. ( Baca = air pepsi, coke, kapucino, frapucino, kasino, uno ) . Haaa, kalau tak cukup dengan air tu, lu tolong suapkan dia air tu. Pergh, lu treat dia habis habisan lah sampai kalau lu ada awek pun, awek lu boleh ingat lu Gay. Takpun, kalau tak pernah belanja air, lu tolong dia siapkan assignment, pergh. Kalau dulu lu selalu kasi jawapan tipu dalam exam, sekarang, lu beri lagi. Beri lagi jawapan yang superduper salah. Kihkihkih. Gua gurau gua gurau. Lu paham kan apa gua cuba sampaikan? Berbuat baik lebih sikit dari selalu :)

Bawa Bercincang, eh berbincang

Ni kiranya kalau dah tak tahan sakit hati tu, baik lu bawak berbincang. Gua suka cara ni, sebab pada gua, lu boleh tahu apa yang dia tak puas hati. Jgn sesekali meninggi suara masa berbincang, buat cool. Kalau boleh, pergi berdua je dgn member lu tu, sebab kalau ada orang lain, mestilah masing masing nak tunjuk bagus. Nak tunjuk yang gua-lah-pengganti-Sarip-Dol. Haktuii *ludah manja* . Lu jumpa dia tanya elok elok, nak siku kiri ke kanan, eh silap pulak. Tanya dia, betul ke yang lu dengor itu ini pasal lu. Lu jangan tuduh terus, tanya dulu elok elok. Sbb lu taktau benda tu betul tak, takkan nak main sembur. Lu ingat air liur lu wangi sangat nak sembur sembur? Lagi lagi time puasa ni, pergh. Air liur perisa bangkai. Someday, lu orang akan percaya jugak yang cara gua ni berkesan. Gua faham, lu orang mungkin jenis pemalu nak berterus terang and takut benda tu tak betul. Kamon, daripada lu duk tulis kat status FB "Eh lu jangan sampai gua kutip lu, gua ni panas line dah. Ey benci benci benci " . Lu ingat Mark Zuckernberg akan baca and tolong sms orang tu " Eh awak, betul ke awak kutuk belakang si Peah tu? Insaflah awak, insaflah " ? Takdanya. Lagi pesanan dari Uncle Eddy, "Ini cuma 5% dari ujian kehidupan, kau akan tempuh banyak lagiii. Sampai bila nak jadi tunggul? Face it " .

 
 Berdoa kepada Pemilik Hati

Inilah sebenarnya tips pertama yang lu perlu buat, tapi gua tahu lah lu orang. Nampak bab agama sikit, cepat cepat tekan X . Eleh senyum senyum konon, takpe. Gua tak nampak pun lu siapa. Kihkihkih. Apapun, inilah cara yang terbaik, teruskan berdoa kpdNYA kerana Dialah yang memiliki hati kita. Tapi kalau doa saja pun tak boleh jugak tanpa usaha kan? Ace kalau lu mintak banyakkan duit, takkan duit jatuh dari langit. Jika lu minta kekuatan, Allah akan beri lu masalah utk lu selesaikan, dan kalau lu berjaya, lu akan dapat kekuatan tu. InsyaAllah. Dia tak beri apa lu nak, Dia beri apa lu perlu. Sekarang, lu perlukan kawan lu untuk berubah, jadi, dia berikan lu orang di sekeliling untuk membantu. Pergh, ni kalau imam muda baca, cepat cepat pergi beli cincin tikam doposen tu nak datang minang i olls, hihi.


Okaylah you olls, i olls adios amigos dulu. Nanti klau berjaya, jangan lupa sebut nama i olls atas pentas ye? Kihkihkih. 


Assalamualaikum. Jazakallah... :)




3 comments:

Anonymous said...

cik nath kite ni mmg pakar dlm mendeliverkan mklumat dn nasihat dan tguan dlm cara yg paling cool kn.

Headmaster said...

amboi ade capcha nak kene kompem aku bukan robot ni.

letshare said...

hai.. nk tanya sikit boleh x?? lagu first 2 tajuk dew apa ehh??