Monday, March 26, 2012

Resepi Rainbow Cake.

Disebabkan ada yang inbox duk tanya pasal resepi Rainbow Cake tu, here you go :)


UNTUK KEK.

Bahan-bahan.
  • 2 cawan Tepung naik sendiri (self-rising flour)
  • 1 1/2 cawan gula pasir dikisar halus
  • 5 biji telur ayam (gred B)
  • 250gm butter
  • Pewarna (kuning,biru,hijau,ungu,merah,oren)
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 cawan susu pekat + air, sukatan air tak kisah byk mana sbb untuk kurgkan kepekatan susu (untuk moist & lembutkan kek)
  • Sprinkle Star/Beads sebagai hiasan pada cream kek


CARA MEMBUAT

  • Pukul butter dengan gula yang telah dikisar halus selama 15 minit sehingga kembang.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan yang sedang dipukul tadi.
  • Masukkan esen vanilla. Dan diikuti dengan tepung naik sendiri dan pukul lagi hingga adunan sekata. Masukkan juga susu + air
  • Setelah adunan sekata, asingkan adunan ke dalam enam mangkuk yang berlainan / mengikut bilangan warna yang diingini. Campurkan pewarna ke dalam adunan yang telah diasingkan mengikut warna masing-masing. Gaul hingga warna rata.
  • Setelah habis menggaul untuk semua warna, masukkan adunan ke dalam loyang untuk dibakar.
  • Adunan hendaklah dibakar selama 15 minit pada suhu 140°c.
  • Apabila adunan telah masak, sejukkan terlebih dahulu.



BUTTERCREAM.

Nath buat sendiri je buttercream ni. Boleh jugak beli yang readymade :)


  • 1/2 cup shortening
  • 1/2 cup butter
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 4 cawan gula aising (di ayak sekurang-kurangnya 2 kali)
  • 2 sudu besar susu


CARA MEMBUAT.

  • 1. mula - mula pukul butter n shortening pada high speed, sampai kembang dan sesambil tu masukkan esen vanilla..
  • 2. masukkan gula aising satu demi satu cawan, pastikan sebati yang pertama baru masukkan yang kedua.. seterusnya sampai la abis 4 cawan... dan masukkan sekali susu..
  • 3.pastikan kembang dan fluffy baru berhenti...
  • 4. Sapukan pada setiap lapisan kek dan akhirnya pada lapisan atas dan ditepi.
  • *SEJUKKAN*



Hasilnya.........




Kalau nak tinggi, buat setiap lapis tu tebal :)


ASSALAMUALAIKUM.........

3 comments:

iKa ZuLaiKha said...

yummy..mai pos kat penang kaih...

melati_jelita said...

nath..bakar kek tu asing2 ye setiap kaler?

NatashaEddy said...

Melati : ye yee.. tiap layer tu asing asing bakar :)


Kak siti, tak sempat sampai, abg posmen makan.. hehhe