Sunday, January 9, 2011

HOT CHICK vs HOTUIHH CHICK .

Lek lu , lek lu . Gua bukan nak story pasal CHICKY MEAL , takpon Anak ayam atuk gua yang hilang 3 hari lepas , bukan bukan . Maksud gua , perempuan cun vs perempuan tak cun , kang kalau gua cakap awek buruk , ada pulak yag buat fanpage untuk gua kat fb , ." Budak ni ingat dia bagus sangat , jom reramai kita anti minah poyo ni" . Cis , tahu sangat gua .

Malas gua nak timbulkan publiSITI , nama gua Nath . Jadi , PubliNath .
*Macam nama aci jual muruku pun ada gua usha .

Dah , gua malas nak bakar line lu orang sangat denga gua membebel , tiba tiba gua rasa macam nak post pasal benda ni , sbb gua sendiri pon buat benda ni . * Ah lu orang toksah kutuk gua , lu orang pon sama je . Same je kiut mcm gua , eleh . suka lah tu . Ngada . *

Gua cakap terus terang , gua lebih obses tengok perempuan cun , daripada lelaki hot . Nak cakp gua lesbian lah tu , cakaplah . tak terasa . tak terasa .
Gua bukan apa , kalau gua duk usha lelaki hot , mmg sah sah muka mcm gua diorang bukan setakat kentut , diorang sepakat duk buat sepanduk "Kami Anti Nath , dia gedik tapi kiut " . Cis , malu gua .

Tapi kalau awek cun , gua tengok lelama pon diorang takkan syak gua minat kat dia , lelaki kan kuat perasan . eleh konon ada 6pax . Toksah bangga , gua dulu pakai Celcom , 8PAX okay .
Setakat 6pax , podahhh .

Jadi , gua tahu . Gua kalau duk lepak pekena roti canai kat Mamak , gua selalu nampak lelaki lelaki ni kalau usha awek cun , juling bijik mata . Kalau boleh nak keluarkan bijik mata tu ikut skali , tapi kalu nampak awek tak cun , awek tu bogel pon belum tentu diorang pandang . *Adam Lambert dikecualikan .

Mai gua kasi contoh sikit . Apa yang guys pikir .


LINTAS JALAN .

Awek hot : ehheeeeett * Terus emergency break and bukak tingkap * , " Alaaaa kesiannya bakal isteri saya ni , haa lintas lintas . Ke nak abang tolong lintaskan ? "

Awek hotuih : Ponnnn ponn * Hon and still bukak tingkap * , " Woi , buta ke orang nak jalan . Terkedek kedek , gedik ."

____________________________________________

ORDER MAKAN .

Awek hot : Kasi abang minum , airrr.... Ai love you . hihihihi . Haa , makan abang nak Mee okay ? Me loves you , ish salah . Mee Bandung ye , lebihkan kasih sayang . eh , alahai silap lagi . Lebihkan kuah ye . * Kenyit mata wajib *

Awek hotuih : Minum milo , makan mee goreng . Cepat sikit .

____________________________________________

Dress up OUTDATED .

Awek hot : Mesti dia tak expect nak keluar makan , mungkin bapak dia yang angkut dia masuk kereta . Takpon , masih mencari identiti diri , biasalah , namapon remaja . standard chartered lah , eh gua ni kalau nampak jodoh , sampai tersasul nama bank . Bukan apa , kira kira duit hantaran .

Awek hotuih : Bohh , bastennya dressup , ni kalau gua daftarkan jadi set set punk nazi Puduraya , boleh jugak jadi naib pengerusi . Cis , hamster gua kalau tengok dia ni , bertukar jd tenuk. Teruk teruk -_____-


____________________________________________

TAK BERTUDUNG .

Awek hot : Belum bersedia lagi lah tu , nenek gua dulu sebelum dia meninggal , dia cakap perempuan macam ni lah bagus dibuat bini tau , lu orang nak tahu ? Nenek gua cakap , org mcm ni ikhlas . Iyelah , bukan nak bajet alim , padahal duk raba sini sana . Ish mmg gua tak in dgn perempun gitu . cis , mintak simpang .

Awek hotuih : Lu tengok la , lu tengok . Gua mmg tak paham perempuan mcm ni , dahlah kurang cun , eh kurang ke ? Macam handered persen buruk je . Dah lah tak cun , aurat pon tunggang langgang . Siapa lah nak perempuan mcm ni , mmg mak gua tak approve punya.


___________________________________________

BERTUDUNG.

Awek hot : Olololo kiutnya , mcm kucing parsi jiran aku mata dia . Patotlah sehari dua ni gua duk mimpi kahwin dgn kucing parsi . Alahai , duk kasi hint kahwin kenapa , apa salahnya dalam mimpi tu tulis " Tahniah , lu bakal bertemu wanita bertopengkan kucing di simpang 4 Kampung Waklu " .

Awek Hotuih : Eleh , gua tahu sangat lah kalau perempuan mcm ni , pakai tudung takda sebab lain , mesti bapak paksa . Takpon duit dah kering , takda modal nak rebonding . Cis , gua boleh nampak takda Nur kat muka minah tu . Nur konon , jerawat batu banyak lah . Nak kiss pun tak da feeling .


__________________________________________

GEDIK

Awek hot : Alahaiiii , happynya dia . Gua suka lah tengok awek happy-g0-bini macam ni , tersentuh jiwa raga aku . Bapak aku cakap , kalau kita rasa mcm ni , maknanya jodoh dah sampai . Omaigott, izit tru ?

Awek hotuih : Tergedik gedik , tergedak gedak . Nak market lebih lah tu , nak tayang diri . Ihh pelisssssss , not mai taip . Muka dah lah mcm siput lepas mengawan , perangai pulak mcm ni . Oh My AIX , Oh my Lacoste , Oh my Versace -_______-

_________________________________________


TAK MANDI .

Awek hot : Alaahai kenapa kusut masai ni , ish ni mesti kes lambat bangun sbb smalam jaga adik , takpon tolong mak buat nasi lemak . Mithalinya .

Awek Hotuih TAPI penyayang : TUK TUK *Ketuk pintu * , " Ya Allah anak dara aku ni tak mandi lagi rupanya , dah dah , pi mandi cepat , matahari nak terbenam dah " .



CIS , BAPAK GUA POTONG LINE , Gua mandi dulu . Bye .








No comments: